Orang Asli Mah Meri Pulau_Carey

Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia. Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli yang wujud di Malaysia. Komoniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang, yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng. Mereka membuat peralatan seni tersebut dari pokok kayu keras yang digelar Nyireh Batu dari famili Mahogany.Masyarakat Mah Meri disana biasanya mempunyai 25 orang petugas yang bertanggungjawab memahat kayu untuk dajadikan patung dan topeng yang mempunyai 100 bentuk seni reka Orang Asli. Setiap bentuk mempunyai maksud dan erti tersendiri.

Tempat terbaik bagi melihat kehadiran puak ini adalah di Kampung Sungei Bumbun dimana mereka menjalankan aktiviti perniagaan kraftangan mereka di gerai-gerai dan pusat kraf setempat yang dibuka khas bagi tujuan tersebut.

Puak Mah Meri ini juga sebenarnya juga menarik pelancong dengan aktiviti tarian tradisional mereka, mereka biasanya memakai tengkolok daun yang diperbuat dari daun nipah dalam meraikan kedatangan pelancog dan aktiviti keraian mereka.[2]